Tuesday, September 20, 2011

:: SOLAT ::





ASSALAMUALAIKUM..

                 SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI                                     
                                                    MUHAMMAD S.A.W
                                         
          Tunjang utama dalam khidupan umat islam adalah sembahyang' namun masih ramai yg masih belum memenuhi kehendak dan tututan allah s.w.t byk sbb dan penyebab kpd ke tidak penuhan lima waktu yg di tetapkan oleh yang maha pencipta.. ajaran didikan dan asuhan dari kecik paling penting krn semua nye bermula ketika mahu menaburkan baja..

        byk babak2 sembahyang yg perlu kita fahami jgk tahu dan melaksana kan jgk menghindari nye' gmbr dibwh adalah pengetahuan baru pada ambo bace dan fahami lah moga2 kita dpt mem perfect kan diri masing2.. 





"Sekiranya orang yang berlalu di hadapan orang yang solat itu mengetahui apa yang akan menimpanya,nescaya untuk berhenti selama 40 tahun,adalah lebih baik baginya daripada untuk berlalu dihadapan orang yg sedang solat ".
(HR Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar ra, Rasulullah saw bersabda :
"Janganlah kamu solat kecuali ada tabir tempat solat (Sutrah) dan jangan biarkan seorang pun melintas diantara dirimu dengan sutrah. Jika dia enggan maka halangilah dia kerana bersamanya ada syaitan.
(HR Muslim,Ibnu Khuzaimah,Al-Hakim,dan Baihaqi)

Qurrah bin Iyas berkata: "Umar melihatku sedangkan aku (ketika itu) sedang solat di antara dua tiang. Maka dia memegang tengkukku dan mendekatkan aku ke sutrah seraya berkata: solatlah menghadap kepadanya.'"
(HR Al-Bukhari)


"Rasulullah saw berdiri berdekatan tabir.Jarak antara Baginda saw dengan tabir itu ada 3 hasta
(HR Bukhari dan Ahmad)

Diantara tempat sujud Baginda saw dengan dinding ada tempat laluan kambing (HR Bukhari dan Muslim)

Kadangkala ,"Baginda saw membawa semacam pelana ,lalu meluruskannya dan kemudian Baginda saw solat menghadap kepada pelana itu
(HR Bukhari dan Ahmad)

Diriwayatkan bahawa sesekali baginda saw solat dengan menghadap ke sebuah pohon.
(HR Nasa'i dan Ahmad dengan sanad yang sahih).

Rasulullah SAW bersabda: "Solat seorang lelaki,apabila tidak ada tabir (Pembatas) dihadapannya, ia akan diputuskan oleh: “Wanita haid (atau balighah), keldai dan anjing hitam ".

Abu Dzar berkata bahwasanya ia berkata, "Wahai Rasulullah,apa bedanya antara anjing hitam dengan anjing merah ?" Baginda saw bersabda, "Anjing hitam adalah syaitan ". (HR Muslim,Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah)





                    
                                END

No comments: